Sambutan Luar Jangkaan! 5 Hari Tayangan Abang Long Fadil 2 Kutip Lebih RM5 Juta!

Filem Abang Long Fadil 2 (ALF 2) mendapat kutipan di luar jangkaan apabila meraih kutipan RM5 juta selepas lima hari ditayangkan.

Mula ditayangkan pada 24 Ogos lalu, filem terbitan Astro Shaw dan Skop Productions ini juga menjadi filem nombor satu dalam carta mingguan filem di Malaysia, sekaligus mengetepikan filem-filem dari luar negara.

Ini sekaligus membuktikan ALF 2 telah mengembalikan kepercayaan penonton terhadap filem tempatan. 

ALF2 juga berjaya mengatasi kutipan filem prekuelnya iaitu Abang Long Fadil jika dibandingkan mengikut hari tayangan.

Malah, sokongan dari pihak pawagam juga dapat dilihat apabila pada hari pertama filem ini ditayangkan, ia hanya ditayangkan di 130 buah pawagam sahaja.

Tetapi, yang terbaharu jumlah pawagam meningkat kepada jumlah 135 buah pawagam termasuk di Brunei dan Singapura.

Abang Long Fadil 2 mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok.

Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Sasaran pertama Fadil ialah King Kong, seorang yang gila kuasa dan musuh kepada Taji Samprit. Berjayakah Fadil menempuh dugaan yang berlaku pada dirinya?

Filem sarat aksi dan komedi itu dibintangi oleh Zizan Razak, Syamsul Yusof, Datuk AC Mizal, Wak Doyok, Achey, Shuib, Tania Hudson dan A Galak.

Tunggu apa lagi? Kalau nak tengok ‘punchline’ bertubi-tubi, pergilah ke pawagam berhampiran anda sekarang!!!

 

sumber : gempak

Hantar Komen

Be the first to comment

Leave a Reply