4 Gadis Bertudung Cipta Nama Di Asia’s Got Talent, Ternganga Penonton & Juri Dengar Nyanyian Mereka!

Jarang sekali kita nak lihat peserta dari Malaysia melepasi cabaran atau join pertandingan terkenal ini, Asia’s Got Talent. Tapi kali ini korang jangan terkejut! Empat gadis berhijab yang digelar NAMA ini telah membawa nama Malaysia ke mata dunia.

Menerusi perkongsian yang viral di Twitter, kumpulan ini telah menarik perhatian bukan saja penonton tapi juri dan netizen sekali tau!

“Anak kelahiran Malaysia ini memilih untuk tunjukkan bakat yang mereka ada dan mencipta nama di Asia’s Got Talent” 

Menurut posting yang viral itu, kemunculan empat gadis bertudung ini sepertinya dah memecahkan taboo bahawa rupa, kecantikan dan penampilan mereka bertudung itu dapat diatasi dengan bakat yang mereka ada. You go girls! Tercengang-cengang dorang dengar NAMA nyanyi. 

Dari universiti yang sama, punya impian untuk menjadi vocal group yang full time pada masa akan datang 

Bagi yang tak tahu, ahli kumpulan NAMA ni sebenarnya berasal daripada universiti yang sama iaitu di UM. Mereka kemudian bersatu dan membentuk kumpulan vokal yang seterusnya memberanikan diri untuk join Asia’s Got Talent.

Peserta ini terdiri daripada Nur Fazrina, Noor Syamimi, Norfazira dan Nur Farahida. Mereka graduan dari Universiti Malaya dan sangat meminati bidang seni muzik dan persembahan.

Bagaimanapun, Anggun ketika memberi komen mengenai persembahan itu dia tidak pernah melihat persembahan dari mana-mana wanita berhijab sebelum ini seperti mana dipersembahkan NAMA. Malah, dia juga menyukai pilihan lagu yang dipilih mereka.

I have never seen a group of four beautiful women in hajib performing like this. We need a group like you and I love the song choice.

Jay Park turut menyukai persembahan ini dan menyifatkannya seperti sesuatu persembahan yang moden dalam versi The Supremes.

You guys are like the modern-day Malaysian version of The Supremes!

Persembahan NAMA mendapat dua kata ‘Yes’ dari juri Anggun dan Jay Park sekali gus melayakkan mereka ke pusingan semi-final. Tahniah diucapkan buat NAMA!

 

“Ingatkan tengah tengok klip Pitch Perfect tadi” 

Rata-rata netizen yang menonton klip nyanyian NAMA memang terpesona dan tak sangka empat gadis ni mempunyai talent yang hebat. Berikut antara komen yang diberikan.

Sumber: Twitter

Tahniah kepada kumpulan ini kerana berjaya melepasi stage yang seterusnya! Semoga berjaya di stage akan datang dan membawa nama Malaysia ke mata dunia. Tonton klip penuh nyanyian mereka di bawah:

Sumber: lobakmerah

Hantar Komen