[VIDEO] Al-Quran Hadiah Ku Untukmu

PENGUSAHA ladang ternak lembu yang juga wanita dikaitkan dengan Johan As’ari, Dr Nazejulaiti Mahmud, 33, berkongsi pelakon itu menghadiahkan senaskhah Al Quran kepadanya pada awal perkenalan mereka.

Nazejulaiti yang juga doktor falsafah dalam bidang ekonomi berkata, cara berkomunikasi mereka juga berbeza dengan menjadikan ayat suci Al Quran sebagai pedoman seharian.

“Perkenalan kami baru enam bulan. Sepanjang tempoh itu diakui saya selesa berkawan dengannya. Dari awal pertemuan, dia hadiahkan saya Al Quran. Dari situ saja saya sudah berasakan ada sesuatu yang istimewa mengenai dirinya.

“Kami memiliki Al Quran sama yang lengkap dengan maksud dan terjemahan. Jadi, sebelum tidur atau pada waktu pagi dia suruh saya buka muka surat dan cari ayat tertentu. Kemudian, dia minta saya baca maksud ayat berkenaan sebelum dia buat huraian.

“Sejujurnya, apabila berkawan dengannya saya berasa kehidupan terisi. Apatah lagi cara kami berkawan dan berkomunikasi berbeza. Lagi pula, sepanjang 33 tahun ini saya tak pernah rapat dengan lelaki dan ada seseorang yang istimewa. Kiranya, Johan adalah yang pertama,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Johan, 32, atau nama sebenarnya Johan Ariff As’ari ketika ditemui pada Malam Gala Filem Polis Evo 2 berkata, dari awal perkenalan dia sudah menceritakan semua kisah hidup yang pernah dilalui termasuk sejarah percintaan dan kontroversi yang pernah melanda dirinya sepanjang bergelar pelakon.

“Dari hari pertama kenal, saya sudah bercerita segalanya. Malah, saya minta dia buat carian di Internet mengenai siapa diri saya sebenarnya.

“Bukan apa, saya mahu bersikap jujur dan telus. Saya mengaku banyak buat silap sebelum ini terutama dalam percintaan. Pendek kata, apabila mulai berkenalan dengannya saya bersih tanpa ada yang disembunyikan.

“Bagi saya, sejarah lama biarkan berlalu. Tidak perlu diungkit. Alhamdulillah, sampai sekarang kami okey saja,” katanya.

Ditanya sejauh mana perhubungan yang terjalin, Johan berkata, keluarga wanita itu merestui, namun tidak pernah memaksa dalam soal perkahwinan.

Malah Johan menyerahkan perkara itu atas ketentuan dan jodoh Allah SWT.

“Saya boleh berusaha ke arah itu. Cuma, tak pernah cakap dia jodoh saya. Apa yang boleh dilakukan adalah jalani kehidupan macam biasa. Sekiranya hubungan ini tak menjadi pun, kami masih boleh berkawan.

“Mengenai penerimaan keluarganya, mereka restu dan tak paksa saya. Disebabkan itu saya sangat hormat mereka,” katanya.

Hati Berbunga, Johan As’ari ‘Main Cinta’ Dengan Pengembala Lembu?

PELAKON Johan As’ari mengakui sedang melalui fasa bahagia bersama seorang gadis yang dikenalinya beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun Johan, 31, berkata mereka masih saling kenal-mengenal dan enggan gopoh dalam menentukan hala tuju hubungan itu.

Adakah ini gadis yang dimaksudkan?

“Kami belum bercinta namun sedang berkawan baik. Saya bersyukur kalau dia jodoh saya.

“Namun kini memang saya sedang bahagia, berkawan dengannya membuatkan saya lebih bahagia.

“Lebih membuatkan saya tertarik dengan wanita itu ialah dia seorang penternak lembu,” kata Johan kepada mStar Online.

Johan As’ari dedah hati sedang berbunga

Johan ditemui pada majlis tayangan perdana filem Tujuh yang bakal menemui penonton 8 November ini.

Bercerita lanjut mengenai wanita itu, Johan berkata dia enggan menjaja kisah hubungan itu bagi menghormati hak peribadi gadis berkenaan.

“Saya mengambil iktibar daripada kisah percintaan saya yang terdahulu.

“Namun apa yang boleh dikatakan sekarang saya seronok berkawan dengan gadis tersebut,” tambah Johan.

VIDEO PENUH :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!SoyaLemon

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Soyalemon

Sumber : Metro

Hantar Komen