[FOTO & VIDEO] Dia Wanita Sempurna, Selama Ini Ku Nanti Hadir Tak Diduga, Sudah Tertulis Ditakdir Bersama Ikatan Rindu Menyatu Kita Berdua Sungguh Rasa Bersyukur..

PASANGAN pelakon popular, Fazura dan Fattah Amin masing-masing memuat naik ucapan hari ulang tahun pertama perkahwinan mereka, hari ini.

Menurut Fazura, suaminya Abdul Fattah Mohd Amin, merupakan seorang lelaki yang berani memikat hatinya.

Dalam perkongsian video berdurasi satu minit itu, isteri kepada pelakon Hero Seorang Cinderella ini berkata, penyatuan dua jiwa antara mereka merupakan keberkatan yang sebenar dikurniakan oleh ALLAH.

“Alhamdulillah genap setahun bahtera perkahwinan ini, Ku bersyukur dipertemukan oleh ALLAH dengan isteri yang Paling Sempurna pandai menjaga ku, ibu bapaku, keluargaku dan semua kenalan ku, Ya ALLAH kau kuatkan lah bahtera perkahwinan ini semoga kami dapat terus berlayar hingga ke Syurga Firdausi Mu Ya ALLAH Rabbal Alamin,” katanya.

Pasangan Fazura, 35, dan Fattah, 28, ini selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri oleh kedua belah pihak pengantin pada 27 November 2017 dan melangsungkan majlis resepsi pada 25 Februari 2018.

VIDEO :

🌹Paling Sempurna🌹

Terlerai sudah pencarian kasih, Takdir bertemu ketentuan ilahi

Dia wanita sempurna, Selama ini ku nanti

Hadir tak diduga, Sudah tertulis

Ditakdir bersama, Ikatan rindu menyatu kita berdua

Sungguh rasa bersyukur, Ditemukan lelaki yg paling sempurna

Kita memang ditakdir bersama, Hidup bahagia di istana cinta

Berjanjilah sayang, Kita hidup bersama 

Hingga ke hujung nyawa..

🍀Alhamdulillah genap setahun bahtera perkahwinan ini, Ku bersyukur di pertemukan oleh Allah dengan isteri yang Paling Sempurna pandai menjaga ku, ibu bapaku, keluargaku dan semua kenalan ku, Ya Allah kau kuatkan lah bahtera perkahwinan ini semoga kami dapat terus berlayar hingga ke Syurga Firdausi Mu Ya Allah Rabbal Alamin. 🍀

#palingsempurna @missfazura 💖

VIDEO :

Today marks one year in love, being loved and being a lucky wife to the most amazing man. That very first day we met on set of #HeroSeorangCinderella, I never thought we’d even be friends off set – and being married to you now is a true blessing Allah has bestowed upon me. Thank you for being the one, the brave hero who broke down those walls I built. Our love is beautiful, peaceful, often filled with happiness and some sweet trials. In the end.. we always choose to be strong, together. I love you sayang. Happy one year anniversary and I pray for more happy days ahead with you and us loving each other the way we do. InsyaAllah. Amin. ❤️🌹 #Alhamdulillah #PalingSempurna •

Pasangan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara, malam tadi.

Nur Fazura atau Fazura, 34, sah bergelar isteri kepada Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam.

Pada majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat kedua-duanya, pelakon J Revolusi berkenaan kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden sentuhan pereka kegemarannya,

Rizman Ruzaini dan solekan oleh Sheila Mohamed, manakala Fattah pula segak berbaju Melayu.

Baru-baru ini, teraju utama telefilem Wanita Terindah itu mengumumkan mereka sudah pun bertunang pada 13 November lalu di kediaman keluarga Fazura, sekali gus menangkis dakwaan sudah bernikah seperti yang hangat diperkatakan di laman sosial.

Kronologi kisah cinta

Pada sidang media itu juga, mereka turut memaklumkan majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup itu akan berlangsung dalam masa terdekat, manakala resepsi pula akan diadakan pada awal tahun depan.

Kronologi kisah cinta Fattah, 27, dan Fazura bermula apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.

Kehadiran Fattah pada acara pertunjukan fesyen House of Doll milik Fazura sambil memberi jambangan bunga di atas pentas serta menghadiahkan 500 kuntuman bunga mawar ketika sambutan ulang tahun penyanyi Sayangi Dirimu itu, September lalu, menguatkan lagi desas-desus mereka sememangnya bercinta.

KOMEN NETIZEN :

Happy anniversary @missfazura and @fattahaminz. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Luv both of u. 😍😍😍

Pelakon, Nur Fazura Sharifuddin, pernah berasa ragu-ragu dengan perkahwinan kerana bimbang andai lelaki ditakdirkan menjadi suaminya seorang yang kuat mengongkong.

Justeru, daripada menghabiskan separuh daripada usianya bersama lelaki yang salah, Fazura lebih rela hidup membujang.

Biarpun ramai yang mengatakan dirinya rugi kerana tidak berkahwin awal, pelakon yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati ini tidak ambil kisah kerana dia yakin dengan keputusannya.

Bagaimanapun, semua perasaan gusar dan bimbang itu hilang, manakala pandangannya terhadap percintaan serta perkahwinan juga berubah apabila dirinya sah menjadi isteri kepada pelakon, Fattah Amin.

Selepas tiga bulan mahligai cinta mereka terbina, Fazura mengakui lelaki terbabit ialah suami terbaik buat dirinya.

“Kalau saya cakap nanti, orang kata saya mengada-ngada pula, tetapi Fattah sememangnya seorang suami yang baik dan sangat memahami. Dia tidak pernah memberikan sebarang tekanan kepada saya, apatah lagi mengongkong.

“Sebelum ini, memang saya takut untuk berumah tangga kerana bimbang akan dapat suami yang suka mengawal gerak-geri dan mengganggu kerjaya saya. Memang saya trauma dengan lelaki yang suka mengarah dan menetapkan dengan siapa saya boleh berkawan atau keluar.

“Ternyata Fattah tidak bersikap sedemikian. Dia memberi kebebasan sepenuhnya, selain membenarkan saya bekerja. Kalaulah saya tahu sikapnya itu lebih awal, sudah lama saya berkahwin dengannya,” jawab Fazura ketika ditanya fasa baharu alam rumah tangga dilaluinya ketika ini.

Enam bulan serius menjalinkan percintaan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga, pelakon J Revolusi ini berkata, mereka masih dalam peringkat mengenali hati budi dan belajar menerima kekurangan serta kelebihan masing-masing.

“Kami bercinta selepas berkahwin. Apabila sudah menjadi isterinya, ada juga perangainya yang saya baru tahu. Antaranya, dia seorang yang manja. Kadang-kadang, apabila tiba masa nak tidur, dia akan suruh potongkan kuku. Jadi, kenalah bangun.

“Fattah juga seorang yang sabar dan pemaaf. Sepanjang tempoh perkahwinan kami, macam-macam perkara berlaku kepadanya, seperti dikecewakan mereka yang dianggap sebagai kawan rapat. Bagaimanapun, dia tidak pernah berkata buruk pasal mereka,” cerita aktres berusia 34 tahun ini.

Menyifatkan mereka sebagai pasangan saling melengkapi, Fazura memberitahu, Fattah juga banyak membawa perubahan dalam kehidupannya.

“Saya kini lebih tenang dan terasa lengkap dengan kehadirannya. Ada yang menjaga dan apabila ditimpa masalah, adalah juga tempat untuk mengadu. Kalau bergaduh pun, selalunya disebabkan benda remeh.

“Walaupun sebelum ini ada antara kawan rapat yang skeptikal dengan perhubungan kami, tetapi kini mereka sudah dapat menerimanya selepas mengenali diri Fattah sebenar,” ujar Fazura ketika ditemui pada majlis tayangan telefilem, Janji Zehan, di ibu kota.

Fazura dan Fattah selamat bernikah pada 27 November lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di Kuala lumpur. Mereka akan mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka pada 25 Februari ini.

Dalam perkembangan lain, pelakon yang juga seorang penyanyi ini baru saja selesai menjalani penggambaran filem terbaru berjudul The Legend Of Pontianak.

Berkongsi pengalaman, Fazura mengaku melihat kelibat pontianak ketika berada di set penggambaran di Hulu Langat, Selangor.

“Ketika kejadian itu, saya sedang makan bersama kru lain. Sambil makan, saya pun membuka cerita mengenai kejadian makhluk terbabit datang ke lokasi penggambaran. Rupa-rupanya, tidak jauh dari kawasan tempat kami bersembang itu, pontianak yang dimaksudkan sedang memerhatikan saya.

“Selepas dimaklumkan seorang kru, saya menoleh ke belakang. Memang saya nampak seorang wanita berpakaian kebaya putih, sama dengan apa yang saya pakai ketika itu. Bersama rambut panjang yang dilepaskan ke depan, dia memerhatikan saya, seperti diberitahu oleh kru itu,” cerita Fazura.

Sebelum ini, aktor yang terbabit dalam filem sama, Remy Ishak turut mendedahkan perkara yang sama apabila diganggu makhluk menyeramkan ketika di lokasi.

“Itulah pengalaman saya melihat hantu. Memang menakutkan. Ketika kami berlakon, memang ada nampak kelibatnya, tetapi saya buat tak tahu saja,” katanya.

Sumber : Metro via IG FattahFazura

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : Sumber

SoyaLemon.COM

Hantar Komen

Be the first to comment

Leave a Reply