[VIDEO & FOTO] Buat Kejutan Hari Jadi, Ramai Suka Lihat Hubungan Syafie Naswip & Aishah Azman

Amboiii! Walaupun jarang muncul di kaca televisyen, tiba-tiba ternampak pula kelibat pelakon berbakat besar Syafie Naswip di laman Instagram ketika menyambut hari jadi yang ke-26 baru-baru ini.

Namun paling menarik perhatian dengan pelakon yang mencipta nama menerusi filem Mukhsin itu kelihatan sangat akrab dengan pelakon Aishah Azman apabila turut hadir meraikan ulang tahun kelahirannya!

Memang meriah habis!

VIDEO :

Terima kasih kesayangan ❤️

A post shared by Actor/26 (@syafienaswip) on

Rakaman video berdurasi satu minit itu kelihatan Syafie telah diraikan dengan penuh kejutan oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya. Menangis terharu ke tu?

“You spoiled my day and then you made my day. Thanks 🍁 #advancebirthdaycelebration,” kata Syafie menerusi gambar bersama gadis berusia 22 tahun itu.

Peminat dan pengikutnya turut memberikan pelbagai reaksi yang rata-rata menyatakan pasangan tersebut kelihatan secocok antara satu sama lain.

Comel la korang ni!

Kahwin jangan lupa jemput

Suka tengok korang!

Menerusi laman Instagram masing-masing juga, terdapat banyak posting yang memuat naik gambar mereka berdua. Sweet sangat!

Sepadan ke tidak? Kalau dah rasa serasi bersama tu, boleh la cepat-cepat naik pelamin kan!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : OhMyMedia

SoyaLemon.COM

Hantar Komen