“Saya Tahu Mereka Di Bawah Pengaruh Dadah Tetapi..” – Janna Nick Dedah Ada Kawan Artis Bagi Dadah Untuk Berseronok

Pernah ditawarkan dadah oleh rakan sesama artis, Janna Nick akui pernah teringin untuk mencubanya untuk menambahkan tenaga tetapi kerana masih berfikiran waras, beliau menolaknya. Jelasnya ramai rakan artis mengambil dadah bagi tujuan berseronok dan mengatasi tekanan.

“Sebagai manusia pasti terdetik rasa ingin mencuba tapi semuanya terletak pada pendirian masing-masing sama ada untuk terjebak atau tidak. Saya sendiri tidak mahu masa depan saya gelap disebabkan dadah”

“Jika bertemu mereka saya tidak akan berjumpa pada waktu bekerja. Walaupun kadang-kadang saya tahu mereka di bawah pengaruh dadah tetapi saya okey,” katanya kepada Projek MMO mengenai beberapa kenalan memberitahunya dadah boleh memberikan tenaga.

Walaupun tidak kisah berkawan dengan rakan yang mempunyai tabiat buruk, namun Janna selagi boleh mengelak untuk bertemu dengan mereka yang suka membawa dadah ketika keluar melepak. Sedih mendengar industri hiburan bergelumang dengan dadah, apalagi kebanyakkannya beragama Islam.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : EraViral

Hantar Komen