[VIDEO] Alhamdulillah, Mawar Dedah Dirinya Bakal Timang Cahaya Mata Sulung

Tahniah! Pelakon jelita Mawar Rashid mendedahkan bakal menimang cahaya mata sulung selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Raf Yaakob.

Berita gembira tersebut dikongsi oleh pelakon drama bersiri Kalis Kasih itu sendiri di laman Instagram miliknya semalam.

“Keluarga #MawaRaf akan bertambah tahun depan, Insyaa’Allah. Semoga dipermudahkan. Kita doa yang baik-baik ya? Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin 💛 #BabyRadenR,” tulisnya.

Menerusi program MeleTOP yang disiarkan pada malam tadi, Mawar juga mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil dua bulan selepas melakukan pemeriksaan kandungan.

Alhamdulilah, rezeki

VIDEO :

Pelakon berusia 23 tahun itu membuat pengumuman awal kerana terpaksa menolak beberapa tawaran setelah mengalami alahan pada peringat awal kandungan iaitu ‘morning sickness’.

Rata-rata rakan selebriti dan peminat pasangan berkenaan mengucapkan tahniah dan berharap supaya segalanya akan dipermudahkan.

Tahniah,patut la berseri-seri..

Mengidam? Janna tolong masak..

Semoga urusan dipermudahkan..Amin..

Mawar dan Raf Yaakob atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaacob, berkahwin pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Hasil perkahwinan sebelum ini Raf telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : DiariDunia

SoyaLemon.COM

Hantar Komen