Muhammad Cabar Mahu Bersunat Akhirnya Menyesal – Diana Danielle

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Datin Diana Danielle bangga dengan keberanian anak lelakinya, Muhammad yang baharu berusia lima tahun melalui proses berkhatan tiga hari lalu.

Diana, 28, berkata, keputusan untuk berkhatan itu dibuat sendiri oleh Muhammad selepas berasa tercabar dengan sepupunya yang sudah bersunat.

“Kalau ikutkan saya rasa memang macam masih terlalu awal… Saya tidak paksa atau suruh tetapi dia sendiri yang beritahu mahu bersunat.

“Dia rasa tercabar dan tidak mahu ketinggalan apabila kebanyakan sepupu lelakinya sudah pun berkhatan jadi dia mahu melalui proses sama.

Diana dan Reyza selesa bekerjasama.

“Alhamdulillah dia seorang yang berani dan saya sendiri pun tak sangka dia betul-betul dengan keputusannya itu,” katanya.

Diana ditemui pada majlis pelancaran single duet terbaharunya bersama penyanyi Singapura, Reyza Hamizan dan NeonSeoul berjudul Infiniti pada Selasa.

Menceritakan lebih lanjut mengenai keadaan Muhammad, Diana berkata, dia hanya menangis ketika diberikan ubat bius namun selepas kesan ubat itu hilang, kanak-kanak itu mula menyesal dengan keputusannya.

“Dia menangis kerana kesakitan dan beritahu menyesal kerana bersunat… Tetapi itu pada hari pertama sahaja dan sekarang keadaannya semakin pulih,” katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai Infiniti, Diana berkata, lagu tersebut dihasilkan oleh Reyza sebenarnya sudah siap tiga tahun lalu namun mereka menangguhkan pelancarannya kerana melakukan beberapa penambahbaikkan sepanjang tempoh itu.

Diana dan Reyza turut menampilkan kumpulan NeonSeoul dalam lagu Infiniti.

Pun begitu kata Diana, mereka berpuas hati dengan hasil akhir lagu itu dan berharap ia dapat diterima baik oleh pendengar.

“Selain daripada perselisihan jadual, Reyza juga sentiasa tampil dengan idea baru untuk mencantikkan lagi lagu itu sampai ada dua kali dia beli mikrofon baru terpaksa saya rakam semula.

“Tetapi tidak mengapa dalam tempoh itu juga banyak yang saya belajar daripada Reyza kerana saya bukan seorang komposer jadi sedikit sebanyak dapat timba ilmu tentang proses penghasilan lagu,” katanya.

Tambah Diana, menerusi lagu ini juga Reyza banyak memberi tunjuk ajar kepadanya dalam menyerlahkan vokalnya selain mengambil kelas bersama Sarah Ismail dan Idayu.

 

Diana mahu lebih serius dalam bidang nyanyian.

Dalam perkembangan sama, Reyza memberitahu dia berharap kolaborasinya dengan Diana dan NeonSeoul dapat memperkenalkan dirinya sebagai penyanyi dan komposer dalam kalangan penggembar muzik tempatan.

Malah Reyza turut memuji kredibiliti Diana sebagai seorang penyanyi selain menyifatkan pelakon itu mempunyai kebolehan dan deria yang baik dalam muzik.

“Diana sebenarnya berbakat besar dan paling penting citarasa dan nalurinya terhadap melodi cukup baik yang membuatkan saya selesa bekerjasama dengannya.

“Infiniti adalah satu permulaan baik buat kami dan Insya-Allah akan ada lagi kolaborasi bersamanya dan artis lain selepas ini,” katanya.

[VIDEO] Kejutan Di Awal Pagi Daripada Suami Buat Diana Daniell Sebak

Sempenan hari ulangtahun kelahiran yang ke-27 semalam, Datin Diana Danielle mendapat kejutan istimewa daripada suaminya, Datuk Farid Kamil awal-awal pagi lagi.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Farid menghadiahkan sejambak bunga ros merah jambu, belon dan sekotak coklat buat Diana menerusi perkhidmatan kiriman hadiah.

Selain itu beliau turut memuatnaik kapsyen bahawa biasanya orang akan menerima kejutan pada waktu malam sebaliknya beliau menerina kejutan pada awal pagi dan tersentuh dengan tindakan suami yang tercinta.

Normally people will surprise you waktu malam, and you’d be more ready… but early morning surprise?! That is a first for me 🤣 I dont think I was fully awake for this… thank you @faridkamilz, I was seriously caught off guard and there were real tears yang terkumpul (tapi pagi sgt so it didnt flow out 😆)… and the kids took most of the chocolates before I could even count them. I love you and the kids and my mom and your parents and the entire family we have ❤️🌹

Diana turut berkongsi sepotong video dia sebak dan hampir menangis ketika menerima kejutan terbabit.

Farid dan Diana telah mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

VIDEO :

Ramai netizen yang turut memberi ucapan sempena hari ulang tahun kelahiran Datin DD.

Happy birthday Di!!! Fm aunty yg minat youy n yr small family dr dulu lagi

ni mmg btl2 opocot surprise ni… hehe.. Happy Birthday Sia Diana… u r the sweetest..

So sweet, simple je husb dia bagi hadiah

Happy birthday Datin DD… may allah bless u forever ever..

Diana Danielle takut… Farid Kamil jenis cakap ‘teruih’

Diana mengakui berasa takut jika filem lakonannya ditonton suami. Foto Instagram @dianadanielleb

PELAKON Datin Diana Danielle mengakui berasa gementar jika suaminya iaitu Datuk Farid Kamil menonton filem lakonannya.

Menurut Diana, 26, memandangkan suaminya itu lebih senior dalam bidang ini membuatkan dia gementar menanti reaksi aktor tersebut.

“Sejujurnya saya tak boleh kalau Farid tengok filem lakonan saya dan jadi sangat takut sebab dia lebih senior dalam bidang lakonan.

“Contohnya macam filem Hanyut dulu dia puji, tapi kalau dia tak suka dia akan cakap dengan jujur. Sebelum ini pun dia pernah kritik lakonan saya.

“Dalam masa sama, dia turut memberikan tunjuk ajar supaya menjadi pelakon yang lebih baik. Biasalah orang utara ini kalau bercakap ‘teruih’ (berterus-terang),” katanya kepada mStar Online.

Diana ditemui semasa tayangan perdana filem Gol & Gincu 2 yang diadakan di TGV, Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

Farid dan Diana.

Selain Diana, Gol & Gincu 2 turut dibintangi Ummi Nazeera, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Sharifah Amani dan Sazzy Falak.

Filem arahan Umi Salwana Omar ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 25 Oktober ini.

Bercakap mengenai watak Zak yang dilakonkan dalam filem tersebut, Diana memberitahu persiapan sebelum menjayakan karakter itu lebih sukar daripada melakonkan watak tersebut.

“Nak jadi karakter Zak itu lebih susah sebab saya perlu kurangkan berat badan dan kena main futsal yang sebenarnya saya tak tahu langsung.

“Tapi apa yang lebih sukar ialah perlu menggunting pendek rambut semata-mata untuk watak ini,” katanya.

Sebahagian babak dalam filem Gol & Gincu 2.

Sementara itu, Diana meminta masyarakat menonton terlebih dahulu filem ini sebelum membuat pembandingan dengan siri Gol & Gincu yang ditayangkan pada tahun 2005.

“Saya cabar awak untuk tonton dahulu filem ini sebelum buat perbandingan.

“Ia tak sama dan jalan cerita pun berbeza kerana Gol & Gincu 2 disesuaikan dengan generasi sekarang.

“Kami sudah bersedia dengan kritikan penonton. Besar harapan kami ramai yang akan menyukai filem ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Gol & Gincu (2005) diarahkan oleh Bernard Chauly dan diterbitkan produksi sama iaitu Red Communications.

Ia dibintangi Fazura, Sazzy Falak, Melissa Maureen, Ashraf Sinclair dan Pierre Andre.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber :  mstar via islamikinfomedia

SoyaLemon.COM

Hantar Komen

Be the first to comment

Leave a Reply