Nah..Senarai Akaun Instagram Anak-Anak Sultan Yang Aktif

Ramai diantara kita masih belum move on dengan gerak-geri Putera Abdul Mateen iaitu anak Sultan Brunei yang aktif di Instagram. Apa sahaja yang dimuatnaik oleh beliau pasti mendapat ratusan ribu likes.

Sebenarnya kita tidak tahu, di Malaysia juga anak-anak Sultan pun ada yang aktif bermain media sosial. Rutin seharian dan aktiviti yang dilakukan sering dikongsi. Yelah, sebelum ini kita selalu ingat mereka hanya duduk diam-diam di Istana. Rupanya banyak perkara yang dipedulikan oleh mereka.

Wanista jumpa beberapa akaun Instagram aktif yang dikelola oleh mereka sendiri! Jom lihat dan follow~

#1 Tunku Abdul Rahman

Baru sahaja berusia 25 tahun dan diberi anugerah Tunku Panglima Johor. Tunku Abdul Rahman sangat aktif dalam bidang permotoran, lihat sahaja dalam post Instagram penuh dengan gambar kereta dan motor berkuasa tinggi.  

#2 Tunku Idris

Merupakan adinda ke Tengku Mahkota Johor (TMJ) dan anak ketiga Sultan dan Sultanah Johor. 

#3 Tunku Zain Al-‘Abidin

Anakanda kedua Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Beliau seorang yang bijak dan menguruskan pelbagai yayasan kebajikan dan institusi global. Disebalik semua itu, Tunku Zain Al-‘Abidin seorang yang cheeky dan sangat menyukai kucing. 

#4 Tengku Muhammad Iskandar Shah

Cucunda kepada Sultan Pahang dan juga anak saudara kepada Sultan Johor terkini. Tengku Muhammad sangat aktif dalam sukan Polo. Hampir setiap gambar yang dimuatnaik berkisarkan sukan berkuda tersebut. 

#5 Tengku Amir Shah

Raja Muda Selangor yang kini berusia 28 tahun. Sekali imbas melihat gambar-gambar di akaun @rmselangor, beliau seorang yang sangat adventurous dan sangat berjiwa rakyat! 

#6 Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Kekanda kepada Tengku Muhammad Iskandar ini sangat jarang memuatnaik gambar mungkin kerana sedikit sibuk dengan akademi tentera.

Lupa Wanista nak beritahu, akaun Instagram di atas semua anak raja yang masih bujang! Wekk~

Sumber: Wanista

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : Sumber

SoyaLemon.COM

Hantar Komen

Be the first to comment

Leave a Reply