Nonny Sah ‘Berpisah’! Nonny Nadirah Buka Mulut Perjelas Hal Sebenar

“KAMI berpisah bukan kerana orang ketiga,” kata pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah mengulas perpisahannya dengan suami, Mustain Adnan.

Kata pelakon drama Melankolia itu, dia menganggap jodoh mereka tidak panjang.

Nonny turut menyatakan dia menerima perkara itu dengan hati terbuka.

“Memang agak berat untuk kongsi cerita membabitkan rumah tangga tetapi lambat laun, saya harus jelaskan juga.

“Saya tidak lagi tinggal sebumbung dengan suami. Kami tidak lagi hidup bersama.

“Tidak ada sesiapapun yang sudah berkahwin inginkan percer4ian. Mungkin jodoh kami tidak panjang. Bagaimanapun, saya berlapang dada menerima qada dan qadar ini,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selepas blk dari mengerjakan ibadah umrah sy masih freehair lagi,pergi program pun x pakai tudung dan selepas sehari kemudian sy terdetik mengajak sahabat sy utk teman sy pergi membeli bbrp helai tudung. ada pun tudung ataupun shawl sblm ini hanyalah utk dipakai semasa shooting. . sy mengadu dgn mak sy,”hmm..mama kalau nak bertudung,baju semua mcm mana? sebab byknya baju2 sy tidaklah sesuai utk dipakai dgn tudung dan mcm mama sendiri maklum sy bukannya ada byk tudung.byk dibeli sblm ni pun hanyalah utk mama. sy risau ni ma. 😔 mama pun jawab dgn nada yg tenang “jika niat kamu sudah ada dan terdetik utk memakai tudung,Insyaallah Allah akan permudahkan urusan kamu.hidayah mmg milik Allah dan dpd Allah tapi kita sendiri yg kena paksa diri kita utk menguatkan hati kita utk berubah ke arah yg lebih baik. berbalik kpd Allah dan minta dgn Allah utk permudahkan urusan kita dan jgn dibolak-balikkan hati kita. Keesokan harinya sahabat sy telah menghadiahkan bbrp helai tudung kpd sy dan sorg lagi sahabat menghadiakan buku panduan sembahyang kpd sy. Allah dengar doa sy.🤲🏻 . Sy masih didalam fasa percubaan,dan bagilah masa kpd diri sy utk memperbaiki diri,hari demi hari bukan disebabkan makhluk tetapi kerana Allah ta’ala. Terima kasih kpd yg mendoakan,keluarga,peminat,kwn2..siap ada yg email dan dm private kat sy,doa2 dan kata2 semangat korang membuatkan airmata sy mengalir x henti. akan tetapi jgnlah dikeji atau dikecam bila mana selepas ini jika ada kekurangan dari diri sy. kita semua manusia biasa. mungkin harini sy keluar hanyalah menggunakan shawl,insyaallah esok hari sy dah boleh memakai tudung dgn sempurna.. doa yg baik2… . Utk pengetahuan anda,its not easy gais. sblm ni pakai hanya waktu shooting,skrg nie baru sy rasa betapa mencabarnya utk si pemakai2 tudung & hijabers. Sblm nak keluar rumah dahlah nak cepat terlepas pulak peniti dari kepala,tercucuk berdarah jari terkena peniti,nak bukak tudung terlupa peniti masih atas kepala,pin tudung senget sampai ke kiri kanan muka,bila time makan pulak tudung makin ke depan. Allahuakhbar.. sy takkan lupakan pengalaman ini sampai bila2.😅 . @bizmillatravel @bizmillatravel @bizmillatravel

A post shared by 🦋 Nonny Nadirah 🦋 (@nonnynadirah) on

Menurutnya, dia dan bekas suami membuat keputusan untuk tidak lagi tinggal sebumbung pada Oktober tahun lalu.

Dia bagaimanapun belum bersedia berkongsi tarikh sebenar mereka berpisah.

Dalam pada itu, Nonny turut memohon doa dan sokongan daripada peminat supaya dia kuat menghadapi masalah yang melanda itu.

“Saya harap peminat mendoakan yang terbaik untuk saya dan dia. Semoga Allah menggantikan dengan benda yang lebih baik lagi.

“Saya juga perlukan sokongan peminat semua untuk kekuatan berhadapan masalah ini,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat menyambut ulangtahun Ija, Ku doakan mu sentiasa diberikan kesihatan yg baik, dipermudahkan segala urusan,diberikan rezeki yg melimpah ruah,semoga menjadi anak yg lebih baik/solehah,mendapat jodoh yg terbaik buat dirimu,semoga terus menjadi pendengar setia,juga menjadi cikgu kepada kami,dan tariklah kami utk masuk ke syurga bersama2 dgnmu,sentiasa dilindungi,dirahmati,apa juga yg mu buat sentiasa mendapat redha Allah,dan bahagia dunia dan akhirat insyaallah!! . Dan semoga persahabatan kita @nurhelizahelmi @mila_jirin akan membawa kita lebih dekat dgn Allah dan sampai ke syurga insyaallah… amin!!!! . Lillahi Ta’ala aku syg mereka. sahabat dunia akhirat.🦋 . . . Muka ciknons penuh kat screen,naik 4kilo! al-sekian… 😂

A post shared by 🦋 Nonny Nadirah 🦋 (@nonnynadirah) on

Terdahulu, peminat mulai tertanya-tanya mengenai status rumah tangga pasangan itu apabila bekas suaminya bertindak memadam semua gambar dan video mereka bersama di Instagram.

Menguatkan lagi spekulasi mengenai keretakan rumah tangga mereka adalah apabila Nonny ke Tanah Suci menunaikan umrah tanpa suami sebagai mahram dan hanya ditemani oleh bapa saudara.

Nonny dan Mustain mendirikan rumah tangga pada 18 Mac tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah selepas sembilan tahun berkenalan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Doa Ummu Salamah yg very powerful! Cuba amalkan dan lebih baik lg menjadikannya sebagai zikir harian.. Insyaallah.. doanya seperti ini: . إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَاخْلُفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا . “Kita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepada-Nya semata kita kembali. Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku, dan berilah aku ganti yang lebih baik daripada musibah yang telah menimpa.” . Semoga bermanfaat buat semua.🦋 . “Kalau nak berdoa kita harus bercerita dengan Allah dan mintak jalan penyelesaian…” — @nonnynadirah Tonton video penuh penghijrahan @nonnynadirah di Facebook Salam Muslim. #NonnyNadirah #Hijrah #Hijab #Wanita #nonnynadirah

A post shared by 🦋 Nonny Nadirah 🦋 (@nonnynadirah) on

VIDEO :

Sumber : Metro

Hantar Komen