[VIDEO] “Tepuk, Tepuk, Orang Tak Pakai Dah Tepuk, Orang Pakai Glapp, Glapp, Applause..” – Sharifah Sakinah Perli Sajat?

Nama pelakon, pelawak dan pengacara Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih dikenali sebagai Sharifah Sakinah semakin mendapat perhatian netizen.

Dengar sahaja trademark ‘Haa Tepuk’ pasti ramai yang mengenali dengan selebriti Sharifah Sakinah bukan? haa tepuk kini menjadi sebutan netizen malahan turut ada netizen mengucapkan terima kasih kepada Sakinah kerana memperkenalkan trademark tersebut.

Mempunyai susuk tubuh yang cantik dan tinggi, Sharifah Sakinah sinonim dengan artis yang menjaga susuk tubuh dan pemakanan tidak hairanlah mampu menjadi ikon kepada netizen untuk tampil cantik dan sihat.

Siapa yang tidak mengenali kelantangannya bersuara, sebelum ini Sharifah Sakinah pernah memuat naik video memerli selebriti-selebriti tanah air yang menjual produk kecantikkan menerusi story instagram miliknya dengan menggunakan trademark ‘Haaaa Tepuk’ menerusi teledrama ‘Bini aku dari…’ . Rata-rata netizen terhibur dan menyokong Sharifah Sakinah.

Terbaru, Sharifah memuatnaik satu video di laman Instagram nya yang menunjukkan respon artis tersebut kepada seorang usahawan kosmetik yang menggunakan trademarknya dan meletakkan kapsyen ‘I just love her @nursajat’.

Menerusi video tersebut, dilihat Nur Sajat mengatakan orang tidak menggunakan ‘Haa tepuuk’ tapi applause iaitu baru kelihatan seperti mat salleh. Lucunya pula, Sakinah dilihat meniru aksi Nur Sajat sehinggga membuatkan pengikutnya terhibur.

VIDEO :

I just love her @nursajat02

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Rata-rata netizen memberi komen lucu kepada video respon tersebut.

Glap glap glap baru laa mat salleh…

Kemurungan terubat?

Tak boleh berenti gelak tgk

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : Instagram Sharifah Sakinah

SoyaLemon.ORG

Hantar Komen