[VIDEO] Romantik! Juliana Evans & Suami Buat Aksi Titanic Atas Kapal

Nampaknya musim artis bercuti telah bermula. Pasangan pengantin baru Juliana Evans dan suaminya suaminya iaitu Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj
nampaknya sedang menikmati honeymoon di atas kapal. Jom lihat beberapa keping gambar yang dikongsikan sendiri oleh Juliana di laman Instagram beliau.

Rata-rata netizen memuji kemesraan dan keromantikan pasangan sama cantik dan sama padan ini. Malah ada juga sempat menyelitkan doa agar Juliana dan Tengku Adeq dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata selepas percutian ini.

Apa yang lebih menarik, mereka sempat melakukan aksi romantik seperti dalam filem Titanic. Jom lihat video ini, Sweet kan?

Juliana bernikah dengan lelaki pilihan hatinya, Tengku Adeq pada 30 April yang lalu. Suaminya yang merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor itu sudah berkenalan sejak dua tahun sebelum pernikahan.

 

sumber : hangat

Hantar Komen

Be the first to comment

Leave a Reply