Ni Rahsianya Nak Glowing Cara Semulajadi.

Jika bercakap tentang kegunaan kunyit, kita semua maklum bahawa kunyit ini digunakan sebagai ramuan atau bahan utama untuk menggoreng ikan, udang, ayam dan sebagainya.

Pun begitu, tahukah anda jika kunyit, digabungkan bersama madu dan susu ia sangat bagus untuk mengatasi masalah kulit yang kusam, selain dari memberi efek glowing kepada kulit muka.

Ini serba ringkas bahan dan cara yang diperlukan untuk menghasilkan masker muka dari kunyit, madu dan susu yang dikongsikan oleh Kak Lynn.

Bahan-bahan :

1/2 sudu serbuk kunyit

1 sudu madu

1 sudu susu

Cara buat :

  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul hingga sebati.
  2. Sebelum sapu masker pada muka, bersihkan muka terlebih dahulu dengan pencuci muka.
  3. Bilas muka seperti biasa dengan air suam supaya liang pori terbuka, bagi memudahkan nutrien lebih menyerap ke dalam lapisan muka.

4. Sapukan masker tadi di muka secara menyeluruh. Biarkan 10 minit nutrien masker meresap.

5. Bilas muka dengan air sejuk dan cuci dengan pencuci secara nipis.

“Amalkan selalu masker ini untuk dapatkan hasil muka lebih berseri dan glowing.”

 

Sumber : Siti Azlina Lynn

Hantar Komen

1 Trackback / Pingback

  1. Tips Semulajadi Kalau Nak Kulit Glowing | Lubuk Maklumat

Comments are closed.