Umur 20-an Pun Dah Makin Ramai Alami Kerosakan Rahim, Kerap Senggugut Dan Sukar Hamil Antara Tandanya

Sekarang ini masalah kerosakan rahim bukan saja menyerang wanita usia 40-an. Anak gadis umur 20-an pun ramai yang dikesan alami kerosakan rahim. Sekiranya emak menghadapi penyakit tersebut, anak perempuan pun berisiko sama.

Hakikat menyeramkan ini dicatatkan oleh Dr Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan terkemuka. Katanya, “suatu ketika dulu, penyakit tumbuhan dalam rahim, fibroids dan adenomyosis menimpa wanita-wanita umur 40-an.

Zaman sekarang, dalam umur 20-an pun sudah menghidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar ketumbuhannya.”

Tanda pertama yang ditunjukkan penghidap adenomyosis adalah senggugut. Namun, ia sering didahului dengan penyakit endometriosis. Yang mana dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh di luar rahim. Adenomyosis pula tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim.

Tanda lain yang boleh dilihat adalah pendarahan yang banyak dan.atau berpanjangan. Gejala yang seiringan dengannya adalah sukar hamil, mandul dan sering gugur.

Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkan anak tanpa gangguan.

Kebanyakan pesakit dikesan secara kebetulan. Iaitu waktu membuat pemeriksaan untuk tujuan lain.

Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan-gangguan membuang air kecil dan buang najis.

 

Sebab Itu…

Kedua-dua jenis ketumbuhan ini ada faktor baka, bererti jika emaknya menghidap penyakit tersebut, anak-anak perempuan pun ada risiko. Berwaspadalah.

Jika anak-anak gadis mengalami senggugut, gangguan pendarahan dan edaran haid, elok lakukan ultrasound scan perut. Tujuannya untuk kesan masalah peranakan dan ambil langkah-langkah awal untuk mengawal dan mencegah.

Ini Cara Lain Mencegah

Sebab itu mak-mak kena ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi.

Penting sangat ambil makanan yang berzat dan berkhasiat. Paksa diri dan anak-anak perempuan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kawal dan cegah makan fast dan junk food. Ramai ibu-ibu ambil jalan mudah bila anak-anak menangis, merengit atau merajuk mereka pujuk dengan memberi junk food.

Kesan buruk ialah kegemukan anak dan melemahkan immuniti anak-anak. Keadaan ini menyebabkan mereka ditimpa berbagai-bagai penyakit.

MARI KITA AMALKAN TABIAT MAKAN YANG TERBAIK. MULAKAN DARI ANAK-ANAK KECIL.

Sumber/Foto : Facebook Page Dr. Hamid Arshat

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber: Mingguan Wanita

Hantar Komen