Inilah Bahaya Lain Jika Makan Gelojoh & Kurang Mengunyah, Selain Potensi Tercekik

Kita sesungguhnya sangat beruntung kerana lahir di dalam masyarakat majmuk yang kaya dengan sifat sopan santun dan penuh adab. Setiap kaum menitik beratkan adab dalam apa jua perkara yang dilakukan seharian dan salah satunya adalah adab ketika makan.

Jika tidak beradab, anda akan dilabel sebagai gelojoh walaupun anda rasa anda normal. Sejauh manakah ke”normal”an anda itu? Mari kita lihat 3 tanda-tanda seseorang itu patut digelar gelojoh.

Cakap masa makan

Ini benda paling asas sekali kerana ada sesetengah dari kita yang suka bercakap ketika makan. Apa salahnya habiskan dulu makanan tu dan baru bersembang. Ini tidak, melompat-lompat nasi jatuh atas meja, dah macam mesin masak bertih jagung.

Melepaskan angin ketika makan

“Datang tak diundang, pergi meninggalkan bau tembelang”. Memang payah untuk elakkan perkara ini daripada berlaku, tetapi terdapat segelintir yang suka kentut secara terang-terangan. Ada yang sengaja “meneran” supaya keluar bunyi turbo memecah kesunyian meja makan. Ya, kawan-kawan tahu usus anda sihat, tak perlu bangun siap tanya, “Nak dengar bunyi punggung bersiul tak?”

Kunyah makanan dengan bunyi yang kuat

Paling sakit hati bila melihat kawan-kawan mengunyah nasi tetapi keluar bunyi ibarat sedang mengunyah kulit pokok. Chupp chapp chupp chapp bunyinya.

Risiko untuk individu menghadapi penyakit seperti sakit jantung, strok dan diabetes boleh diukur melalui pengamatan terhadap cara seseorang itu makan, sama ada laju atau perlahan.

Seseorang yang makan dan kunyah secara perlahan dapat membantu melambatkan sindrom metabolik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan tahap kolestrol tidak normal.

Jika seseorang itu makan terlalu laju atau cepat, ia boleh menyebabkan gula dalam darah turun naik yang memungkinkan berlaku rintangan terhadap insulin.

Hasil penyelidikan yang yang dibentangkan di simposium American Heart Association Scientific Sessions 2017 menunjukkan bahawa makan dengan lebih perlahan berupaya menjadi kunci penjagaan kesihatan dan tubuh badan.

Satu kajian telah dijalankan oleh pasukan penyelidik dari Universiti Hiroshima, Jepun ke atas 624 lelaki dan 441 wanita dengan usia purata 51.2 tahun yang tidak mempunyai sindrom matabolik, pada 2008. Mereka membahagikan kumpulan lelaki dan wanita ini kepada tiga kategori kepada cara mereka makan sama ada lambat, biasa atau cepat.

Hasil kajian mendapati bahawa sebanyak 11.6 peratus lebih cenderung mengalami sindrom metabolik jika makan dengan laju berbanding makan secara biasa iaitu 6.5 peratus dan 2.3 peratus untuk mereka yang makan dengan perlahan. Selain itu, makan dengan laju juga dikaitkan dengan peningkatan berat badan, pinggang lebih besar dan glukosa dalam darah lebih tinggi.

Manakala jika seseorang itu makan dan kunyah dengan perlahan, ia membolehkan otak menerima isyarat kenyang yang mana anda cenderung untuk berhenti makan sebelum kekenyangan.

Berbeza dengan mereka yang makan dan kunyah dengan laju, individu ini cenderung untuk tidak berasa kenyang dan berkemungkinan untuk makan lebih banyak.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

Sumber: semuanyajdt

Hantar Komen