AYAM LEMON

BAHAN-BAHAN: 

  • 6 ketul paha ayam
  • 2 biji lemon
  • 3 sudu makan madu
  • 2 sudu teh Rosemary kering
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 ulas bawang putih |cincang halus/ditumbuk
  • 3 sudu makan minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit mentega

CARA MEMASAK:

  1. Paha ayam dibasuh bersih serta dikeringkan menggunakan tisu dapur. Ketepikan.
  2. Bancuh minyak zaitun  bersama madu, garam, serbuk lada hitam, bawang putih, Rosemary dan perahan lemon serta parutan kulit lemon dari sebiji lemon. Asingkan sedikit, anggaran satu sudu makan bancuhan tersebut untuk dibuat sapuan pada ayam.  Selebihnya diperapkan bersama ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
  3. Masukkan ayam di dalam mangkuk kaserol yang telah diletakkan sedikit mentega cair.  Bakar pada suhu 150 celcius menggunakan api atas bawah dan pada setiap 15 minit sapu ayam bersama baki bancuhan minyak zaitun tadi dan terus membakar sehingga ayam berwarna keperangan dan masak sepenuhnya.
  4. Tempoh masak dianggarkan 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Hiaslah dengan kepingan lemon dan siap untuk dihidang.

 

Sumber : rasa.my

Hantar Komen

1 Trackback / Pingback

  1. Cara Memasak Ayam Lemon | Berita Terbaru

Comments are closed.