IKAN SIAKAP GORENG SOS THAI

BAHAN IKAN:

  • 1 ekor ikan siakap | saiz sederhana
  • Sedikit tepung
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam & lada sulah

BAHAN SOS:

  • 1 biji bawang besar | dadu kasar
  • 2 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 3cm halia | hiris halus
  • 2 pokok daun bawang | hiris 3cm
  • ½ biji cili bengala | hiris memanjang
  • Sedikit brokoli | dadu kecil
  • 5 biji cili padi merah | hiris
  • 5 biji cili padi hijau | hiris
  • 1 batang serai | hiris halus
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • 1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Bersikan ikan dan toskannya.
  2. Pecahkan telur dan kacau rata, celupkan ikan dalam telur. Sementara itu panaskan minyak.
  3. Apabila minyak panas, balik-balikkan ikan yang dicelup telur di atas tepung yang dicampur sedikit garam dan lada sulah.
  4. Goreng ikan hingga garing kemudian ketepikan.
  5. Menggunakan kuali lain, masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi merah dan hijau. Kacau hingga wangi.
  6. Seketika kemudian masukkan hirisan cili bengala, hirisan daun bawang dan brokoli, sos cili Thai dan perahkan jus limau. Kacau lagi.
  7. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  8. Kemudian tuangkan sos ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
  9. Sedia dihidangkan.

 

sumber : rasa.my

Hantar Komen