PIZA ROTI

BAHAN-BAHAN:

  • 6 keping roti sandwic | dipotong segi tiga
  • 50gm pepperoni ayam
  • 50gm lada benggala merah | dihiris
  • 5 sudu makan pes tomato | digaul bersama sedikit herba oregano dan basil
  • 5 biji cendawan butang | dihiris
  • Sedikit hirisan bawang besar
  • 1/2 biji tomato | dihiris nipis
  • 50gm keju mozzarella
  • Sedikit keju cheddar
  • Salad rocket | hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Sapu pes tomato roti dipermukaan roti dan susun pepperoni, hirisan bawang, lada benggala, cendawan butang dan tomato dengan secukupnya.  
  2. Taburkan keju  mozarella dan keju parmesan dengan secukupnya.
  3. Bakar selama lebih kurang 10 minit sehingga keju cair.
  4. Hiaskan dengan salad rocket.

 

sumber : rasa.my

Hantar Komen