Niat Pasang CCTV Di Rumah Nak Awasi Kegiatan Kucing Tapi Hasil Rakaman Sangat Mengejutkan Ramai

Mungkin anda pernah terfikir apa agaknya yang akan dilakukan kucing binatang peliharaan kesayangan anda di rumah apabila ditinggalkan bersendirian? Tidur, makan, termenung atau apa agaknya?

Adakah kucing peliharaan anda akan duduk di belebas tingkap memerhatikan burung-burung di luar terbang berkicauan?

Apa yang dia sedang buat ni?

Adakah kucing peliharaan anda hanya akan tidur di sofa sambil menunggu kepulangan anda?

Semua tanggapan ini mungkin tidak tepat. Mungkin kegiatan harian mereka tidak sebosan seperti yang kita fikirkan. Netizen yang memuat naikkan imej unik ini mula memasang kamera di rumahnya untuk melihat aktiviti seharian kucingnya di rumah.

Tidak pernah dia jangkakan akan melihat bakat menari kucingnya yang terpendam selama ini dan sangat terkejut selepas melihat kesemua rakaman tersebut. Rata-rata netizen di laman Twitter menyatakan rasa kekaguman mereka dengan kucing miliknya itu.

Bersenam sebelum melakukan tarian.

Nampak macam bersenam. Mungkin warm up dulu.

Posisi tarian balet

Rupanya dia pandai menari.

Di bawah sinaran matahari, kucing ini kelihatan lebih comel.

kucing joget
Pasti ramai akan mengatakan si dia ini sangat comel.

Seperti Michael Jackson.

kucing gembira
Lagak gaya tariannya seperti seorang yang profesional.

Penjaga kucing ini sangat gembira apabila dia melihat gelagat haiwan kesayangannya ini. Dia tidak pernah menyangka bahawa kucingnya tidak berasa bosan walaupun ditinggalkan sendirian di rumah. Malah, kehidupan sihat yang dijalani kucingnya adalah lebih baik jika dibandingkan dengan kehidupannya sendiri.

kucing comel
Pandai betul dia menari tapi sedar sedang dirakamkan.

Sekiranya anda mempunyai haiwan peliharaan sendiri dan ingin mengetahui kegiatan harian mereka, anda juga boleh memasang kamera di rumah anda. Siapa tahu apa yang bakal anda temui kelak mungkin sesuatu yang sangat berharga!

 

 Sumber : Era Baru

 

Hantar Komen