[VIDEO] Singa Sedang Berlari Laju Tiba-tiba Berpaling Apabila Dengar Namanya Dipanggil

Singa secara fitrahnya adalah haiwan ganas namun mempunyai hubungan yang baik dengan manusia yang pernah menyelamatkannya pada suatu masa dahulu. Jadi tidak hairanlah haiwan ini rapat dan manja dengan penyelamatnya seperti seekor kucing biasa.

Baru-baru ini Black Jaguar-White Tiger Foundation telah memuat naik satu video yang cukup menyentuh hati. Kelihatan seekor singa sedang berlari laju dan menuju ke arah hadapan sebaik sahaja keluar dari kandang.

Tetapi apabila seorang lelaki yang berada di tepi tebing mula memanggil nama singa itu, singa tersebut terus berhenti secara tiba-tiba dan berpaling ke arah si pemanggil.

Biarpun terjatuh ketika berhenti secara tiba-tiba, singa itu bangun dan terus menuju ke arah lelaki itu lalu menerpa ke arahnya dengan penuh manja!

Rupa-rupanya lelaki itu bernama Eduardo Serio adalah pengasas Black Jaguar-White Tiger Foundation yang juga merupakan penyelamat singa ini suatu masa dahulu. Jadi tidak hairanlah mengapa singa ini begitu manja dengan Eduardo!

Mari saksikan video bagaimana rapatnya hubungan singa dan penyelamatnya ini, memang cukup menyentuh hati dan mengagumkan!

Sumber: HAPPY SHARE, The Black Jaguar-White Tiger Foundation/Facebook via @EraBaru

Hantar Komen