Bila Stres Badan Lebih Perlukan Vitamin C

Ramai beranggapan bahawa semua vitamin C adalah sama, rupa dan dos sahaja yang berbeza sama ada 1000mg atau 500mg. Tetapi sebenarnya tidak! Sama ada vitamin semulajadi, organik atau sintetik ketiga-tiga jenis ini adalah berbeza sama sekali. Umpama mengandaikan vitamin C semulajadi itu buah oren sebenar, vitamin C organik itu perahan jus di dalam kota dengan penambahan gula dan perisa dan vitamin C sintetik itu adalah buah plastik tiruan yang mana pembuatannya di makmal dan hanya sedikit khasiat vitamin c diambil selebihnya adalah dicipta!

  • Ia memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik
  • Penting untuk pembinaan dan pemulihan tisu sel tubuh, salur darah, tulang dan gigi
  • Pemulihan luka akibat cedera dan pembedahan, kemalangan atau terbakar. Kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • membantu menurunkan paras kolesterol.  Ia mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.
  • membantu untuk mencegah pelbagai jenis jangkitan virus dan bakteria
  • secara amnya membantu meningkatkan imun sistem
  • membantu melindungi daripada pelbagai serangan kanser dengan cara menghalang pembentukan nitrosamines (sebatian yang menyebabkan kanser terjadi). satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel2 kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel2 kita
  • Bertindak sebagai julap semulajadi. sape yang ada sembelit bagus ambil vitamin C lebih.
  • merendahkan risiko terkena darah beku dalam salur darah
  • membantu dalam pemulihan dan pencegahan demam biasa
  • meningkatkan kadar penyerapan iron
  • mengurangkan alahan/ alergi
  • membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
  • menghasilkan kulit yang halus, cantik berseri

Tips Memilih Vitamin C

#1 : Pilih Vitamin Semulajadi

Vitamin C terbaik adalah apabila ia mengandungi C complex yang lengkap dengan bioflavonoids, hesperidin dan rutin (garam sitrus). Bioflavanoid berperanan penting dalam membantu penyerapan vitamin C. Tanpa bioflavanoid, mungkin hanya berapa peratus sahaja kandungan yang dapat diserap oleh badan. Kebanyakkan vitamin C dengan dos 1000mg adalah vitamin sintetik.

#2 : Pilih Vitamin C Yang Bersifat Sustained Release

Vitamin C adalah sejenis vitamin yang mempunyai sifat mudah larut air. Badan akan banyak menggunakan vitamin C sekiranya kita stress, merokok dan individu yang sudah berusia. Vitamin C hanya akan diserap pada waktu itu sahaja dan tidak disimpan di dalam badan. Oleh itu, amat penting mengambl supplement yang mempunyai teknologi sustained release.

Suatained release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi agar dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin menyerapan di antara 3-6 jam. Ia dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam aliran darah mengikut masa yang tertentu.

Maka, tanpa teknologi sustained release ini vitamin larut air akan terus diresap ke dalam salur dalrah dengan begitu cepat antara 2-3 jam sahaja tanpa mengira betapa besar dos vtamin C yang diambil.

#3 : Halal Dan Lulus KKM

Begitu banyak lambakan dan jenis vitamin C di pasaran. Oleh itu harus bijak mencari vitamin c yang mempunyai sijil halal samaada halal Malaysia atau pengiktirafan halal oleh badan-badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Pastikan di label botol tertera hologram no kelulusan KKM.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

Sumber:Hudamir via  Maskulin

SoyaLemon.COM

Hantar Komen

Be the first to comment

Leave a Reply