[VIDEO] “Moga Segalanya Berjalan Lancar…” – Majlis Dah Nak Dekat, Umie Aida Beri Ucapan Sempena Perkahwinan Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy menerima ucapan istimewa sempena perkahwinannnya daripada Umie Aida.

Menerusi ucapan tersebut, Umie telah memberi bayangan bahawa perkahwinan Elfira dengan tunangnya, Muhammad Faris Khairol Anuar bakal berlangung tidak lama lagi.

Menurut Umie, dia tidak dapat hadir ke majlis perkahwinannya namun mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar.

“Insha’allah.. hari yg dinantikan semakin hampir. Kita doakan segalanya berjalan dengan lancar. Dan semoga sentisa didalam rahmatNYA dan diberkatiNYA. Aamiin… akak wish in advance sebab tak dapat datang ur wedding,” tulisnya.

Umie berkongsi ucapan tersebut di akaun Instagram (IG) peribadinya.

Menerusi entri yang sama, Umie turut memuat naik video khas Elfira Bersama tunangnya sewaktu ditemui ketika majli perkahwinan Baim Wong di Jakarta, Indonesia.

Perkongsian video itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji ketampanan Faris dan dikatakan iras seperti aktor Fattah Amin.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu dan majlis itu diadakan secara tertutup.

Elfira pernah bertunang dengan Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 dalam sebuah majlis besar-besaran, namun berakhir pada 18 Februari lalu hubungan itu putus.

VIDEO :

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : Gempak

SoyaLemon.COM

Hantar Komen

Be the first to comment

Leave a Reply