Tips Hilangkan Rasa Gementar Semasa Akad Nikah

Bagi seorang lelaki, ada 3 waktu degup jantungnya berdebar yang amat sangat. Pertama, ketika nak berkhatan. Kedua, ketika lafaz akad nikah. Dan ketiga, ketika isterinya nak melahirkan anak yang pertama.. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sehaja, saya dapat melalui tempoh debaran yang kedua ini dengan tenang sekali (walaupun bulu roma meremang abes~hahaha).

Dalam suasana meriah dan ceria kadangkala menyebabkan bakal pengantin (bride & groom) menjadi gementar atau nervous apabila mengharungi detik-detik bersejarah ini.. Lafaz akad nikah adalah perkara yang paling penting dan semua pihak memang menunggu saat saat ini.

Ada dikalangan rakan rakan pihak lelaki yang nakal akan menyakat pengantin lelaki semasa pengantin lelaki berhadapan tok kadi ataupun bapa kepada pengantin perempuan… disebabkan semua pihak terlalu fokus dengan lafaz yang bakal diucapkan oleh pengantin lelaki…. ia akan menimbulkan rasa sangat tidak selesa dan tidak sedap badan…ini membuatkan pengantin menjadi pening, gemuruh ,berdebar2 dan tersasul..

Perkara2 ini akan membuat pengantin lelaki dan juga perempuan merasa rendah diri dan juga malu..Jadi..untuk mengelakan perkara perkara ini berlaku..maka perlu bakal pengantin lelaki prepare sebelum hari bersejarah bakal tiba :

1. Yakin.

Pengantin lelaki itu haruslah merasa yakin dengan dirinya sendiri dan juga dengan pilihan hatinya untuk berkahwin dengan si pengantin perempuan ini. So pada siapa yang kahwin terpaksa tu mungkin agak susah la nak merasa yakin kot.

2. Buat di masjid.

Apa kata akad nikah kita jalankan di masjid. Sekarang ramai pasangan yang sudah ingin melangsungkan pernikahan di masjid. Maklumlah jika kat rumah tentu riuh rendah dengan suara kanak-kanak serta sanak saudara. Pernikahan di masjid kan lebih tenang. Boleh laksanakan solat sunat. Sekurang-kurangnya rasa gabra atau gemuruh akan berkurangan, maklumlah berada di tempat mulia.

3. Bersedia.

Semestinya kene bersedia.. sebelum hari nak akad, practice ckp dgn diri sendiri… baca apa2 yang patut takot nanti kena soal depan orang ramai.

4. Pengapit.

Pilih la pengapit dari sahabat atau kawan kita yang rapat sebagai pengapit. Nantinya sewaktu menunggu waktu nak akad nikah ada juga kawan yang boleh dijadikan rakan berbual. Pastikanlah kawan atau pengapit anda tu berpengalaman,boleh dibuat rujukan…terutama saat-saat anda terlupa sesuatu.

5. Bertenang.

Tenangkanlah diri anda. Jangan la banyak fikir sangat, nanti runsing lagi susah..tentu dah banyak yang sudah dipelajari sewaktu kursus perkahwinan dulu. Sebelum memutuskan untuk berkahwin baikilah diri, baiki amalan….bacalah ayat-ayat Al-Quran semoga lebih tenang.

Antara reaksi netizen berhubung video gementar semasa akad nikah.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : Sumber

SoyaLemon.COM

Hantar Komen

Be the first to comment

Leave a Reply