Flat Paling Sempit Di Dunia, Seorang Jurugambar Berkongsi Flat Paling Sempit Yang Ada Di Hongkong.. Lihat Betapa Sempitnya Flat Ini!

Seorang fotografer dari Jerman, Micheal Wolf mengejutkan dunia apabila berkongsi pengalaman dengan merakam keadaan di dalam flat di Hongkong.

Gambar yang menyaksikan bagaimana kelangsungan hidup rakyat marhaen di dalam flat seluas 10′ x 10′ atau lebih kurang menyamai bilik stor ini bakal membuatkan anda bersyukur dengan apa yang anda miliki.

Percaya atau tidak, kebanyakkan flat di sana dikongsi dengan rakan dan keluarga walaupun ianya hanya sekangkang kera.

Malah, tandas flat ini dikatakan hanya terpisah dengan dengan langsing di satu ruang sudut kediaman.

Anehnya, meskipun diulit dengan kesusahan hidup, masyarakat Hong Kong masih mampu bergembira dengan kehidupan mereka.

Oleh kerana kos sara hidup yang tinggi di Hong Kong, ramai golongan miskin perlu menerima hakikat untuk terus tinggal di kediaman yang tidak strategik sebegitu.

Dapur Bercantum Dengan Dapur

Menikmati Masa Makan Di ruangan Yang Sangat Sempit

Tempat Tidur Yang Muat Untuk seorang sahaja

Rumah ini dinamakan ‘Rumah Kerand4’ kerana cuma mempunyai ruang 6×4. Rata-Rata Penduduk Hongkong yang menyewa rumah ini adalah mereka yang tidak mempunyai wang dan hidup dengan kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

 

Sumber : Sumber 

Hantar Komen