[VIDEO] Tak Perlu Pun Gimik, Lagu Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana Jadi ‘Trending 1’

(Skroll ke bawah untuk tonton video)

PELAKON Nadzmi Adhwa terharu apabila muzik video lagu terbaharunya berjudul Wanitaku mendapat perhatian apabila ia kini trending di YouTube.

Lagu tersebut kini mendapat lebih 600,000 tontonan dalam tempoh lima hari dilancarkan di laman muzik itu.

Muzik video berdurasi enam minit itu turut menampilkan pelakon Ardell Aryana dan ia merupakan kemunculan pertama pelakon wanita itu selepas dikhabarkan menderita penyakit kanser.

Malah Ardell atau nama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin, 28, turut menyumbangkan suara dalam lagu berkenaan.

Hubungan Nadzmi dan Ardell menjadi perhatian netizen.

Dalam pada itu, Nadzmi menerusi Instagramnya meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada penonton yang menyokong kerjaya nyanyiannya.

“Apa? #WanitaKu Trending No.1 dekat youtube? Kau gelak sebab kau tak sangka kan weh @ardellaryana?

“Aku pun sama. Terima kasih semua sebab sudi dengar dan layan lagu Wanitaku ni. Terima kasih juga sebab terima muzik video ini dan bagi sokongan yang sangat padu.

“Usaha saya berbaloi. Saya sayang korang semua tau sumpah. Walaupun tiada liputan tentang lagu ini, tiada gimik dan walaupun kami ini tidak popular tapi Alhamdulillah kami bersyukur ada korang semua yang sentiasa sokong,” ujarnya.

Nadzmi dan Ardell pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa namun mereka menepis tanggapan itu.

Selain itu, netizen tersentuh dengan jalan cerita muzik video yang dikatakan menyentuh hati.

Segelintirnya juga berpendapat lagu itu menggambarkan hubungan persahabatan sebenar antara mereka.

Pasangan ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta, namun dinafikan oleh Nadzmi yang menganggap mereka sekadar rakan baik.

Lagu ciptaan Aiman Sidek itu mengisahkan tentang persahabatan dan kasih sayang di antara dua rakan baik.

Bagaimanapun, dia hanya menyerdari perasaan sayang itu selepas ditinggalkan.

VIDEO :

“Kalau Allah Dah Tetapkan Jodoh Dengan Aku, Kau Tak Boleh Tolak Juga..”– Nadzmi Adhwa Harap Hati Ardell Terbuka Untuknya

Pelakon Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa dilihat sebagai pasangan karib yang manis dan serasi bersama. Walaupun sekadar berkawan, ternyata ramai peminat teringin melihat mereka bersatu sebagai pasangan bercinta. Nadzmi sebelum ini pernah memberitahu di IG bahawa dirinya telah di friendzone oleh Ardell, bagaimanapun dilihat netizen seperti tetap menyimpan perasaan terhadap gadis itu.

Terkini di Instagram Nadzmi, dia telah berkongsi beberapa video menunjukkan kejutan sambutan hari jadinya yang ke-26. Ardell Aryana turut berada di dalam video tersebut, malah dia jugalah yang telah menghadiahkan banyak jenis hadiah buat temannya itu, termasuklah hadiah mewah sebuah telefon pintar.

Iphone.. tu aku ingat 5 tahun lagi baru aku beli

[Scroll Ke Bawah Untuk Video Penuh]

Apa yang menarik perhatian netizen adalah kapsyen panjang yang ditulis Nadzmi di video itu sebagai tanda penghargaan kepada Ardell atas kesungguhannya menghadiahkan semua barangan tersebut. Salah satu ayat yang menjadi tumpuan netizen apabila Nadzmi menyebut perihal jodoh.

Semoga Allah bukakan pintu hati kau.. untuk aku

Kapsyen tersebut telah menarik tumpuan netizen untuk memberikan komen mereka di video berkenaan. Di samping pujian yang diberikan, ramai juga yang mengharapkan pasangan ini untuk menjalin hubungan yang lebih istimewa.

Susah nak dapat laki macam Nadzmi Adwa ni

Doakan korang jodoh kelak sampai syurga

Sweetnya korang.. semoga jodoh bersama

Sementara itu di Instagram Ardell, sebelum ini telah membuat posting tentang hadiah tersebut dan segala-galanya telah disiapkan olehnya 6 hari lebih awal. Ardell yang berusia 2 tahun lebih tua daripada Nadzmi, menyatakan di kapsyennya bahawa dia menganggap Nadzmi itu sebagai rakan dan seperti adiknya.

Aku dah prepare dari 6 hari lepas lagi

Aku kan kakak.. kau tu dah macam adik aku

VIDEO:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

 

Sumber : islamikinfomedia

SoyaLemon.COM

Hantar Komen

Be the first to comment

Leave a Reply